Every story has an end but in life every ending is just a new beginning

sajak Aminah Qutbi buat bakal suami

sekiranya kita cinta pada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada ALLAH, 
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya.
sekiranya kita cinta pada manusia,
kita akan cemburu pada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada ALLAH,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada ALLAH juga,
Ya ALLAH, 
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-MU kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-MU

-Aminah Qubti-



thanks sudi singgah..i wish u were here again (^_^)

"Segmen:Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah"




nak join segmen ini, mari ramai-ramai kita join. klik banner untuk join yer cik kak cik abang. :)

senang je nak join segmen nie ------------>

syarat-syarat:
1.buat entry bertajuk "Segmen:Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah"2.Letakkan banner di entry anda..
3.Follow blog Liyana Syafiqah..4.Link kan entry anda di komen...

note : tengah mood study food safety , tapi sempat bertempek dekat blog kejap.

thanks sudi singgah..i wish u were here again (^_^)

“Jom tingkatkan follower TWITTER sampai lebam”


hai , salam satu malaysia. jam dah pukul 12.45 pagi tapi mata masih tak mengantuk dan sedang menyiapkan kerja sekolah cikgu bagi. tapi sempat menyempat lagi kau berblog-blog kan. 

selalunya asyik join tingkatkan follower blog tapi segmen yang tee nak join nie tingkatkan follower twitter.
agak menarik, so join segmen ramai-ramai.


follower twitter tee sikit je -----> 67 orang.


nota: @my_atie



thanks sudi singgah..i wish u were here again (^_^)

i'm here!! *kelantan*


hai .. Alhamdulillah dapat lagi aku jejak kaki ke negeri 'cik siti wan kembang'. * eh macam jauh sangatkan, dalam Malaysia lagilah cik tipah oii

memanglah kelantan tu still kat Malaysia tapi saya nie kan jarang pergi melancong kalau pergi pun mesti ada sebab-sebab yang munasabah. kali ini pergi kelantan sebab...................
KELANTAN kan menang PIALA MALAYSIA. #boleh macam tuh?


kali ini tee balik kelantan with my girlfriends, tapi dorang nie memang anak sejati kelantan pon. doranglah yang jadi tour guide semasa tee kan sana. 

first place yang dorang bawak tee -----> rantau panjang.
kat sini yang membuatkan tee rambang mata sebab barang kat sana murah, kalau boleh semua nak beli. *tamaknya kau tee

tee teruja sangat nak makan mee celup dan akhirnya berjaya jugak menelannya. Thanks kawan-kawan sebab bawak pergi makan mee celup. hahaha , nak lagi nak lagi. * tampar sekali , kang diamlah tuh.


inilah mee celup yang tee cakapkan, yummy SEDAP!!!


satu lagi makanan yang SEDAP-----> aiskrim tak tau nama.
*abaikan si gemuk berdua tuh

singgah beli kasut untuk cik 'uuuu'

next place is KB MALL. kali pergi main bowling dan paling syok bowling kat kelantan murah wei.
satu game---------> RM 3.30 , murah tuh.


dan letih, balik rehat kejap. malam nak shopping dekat wakaf che yeh.

sempat lagi budak berdua nie berposing-posing depan umah.


muka ready nak pergi shopping. kami berbaju couple, ingat orang couple sahaja berbaju couple. 

opsss, sampai sini sahaja kisah tee :)
ok,salam..bye

nota : lambat update sebab broadband tak bayar, terima kasih mak tolong bayarkan. :)




thanks sudi singgah..i wish u were here again (^_^)

CONTEST SEGMEN : Bersama warna kegemaranku


assalamualaikum, hye peeps :)


alolo, comelnya

back to the topic, hari ini tee nak join satu segmen yang sangat menarik dianjurkan oleh SyaChot91. apa yang menarik tentang segmen ini, sapa yang nak join perlu nyatakan apa warna kegemarannya dan kenapa?




tengok tajuk , terasa excited nak join :)

warna kegemaran tee adalah :
------------> hijau dan pink <----------

kenapa tee minat hijau? emm emmm sebab hijau nie mendamaikan. Macam mana hijau mendamaikan? Bila tee tengok warna hijau pagi-pagi , terus bersemangat untuk menjalani rutin  harian. *bombastik punya budak



K.A.M.I B.E.R.H.I.J.A.U

next color is pink
sememangnya color ini dikaitkan dengan perempuan. and tee pun memang suka warna pink.
tee suka pink sebab ia adalah warna yang lembut yang menyerlahkan kesopanan dan keayuan seseorang. *ekk , yeke?? this just for my opinion.


tag :
# sapa-sapa yang baca entry nie. meh join ramai.

pemenang akan mendapat ---------->


1.TEMPAT PERTAMA 
a)    Sehelai Pashmina (Kuning, Oren OR Merah Jambu) *Mengikut pilihan anda DAN
b)    Gelang Tangan (Merah OR Hitam) Mengikut pilihan anda
2.TEMPAT KEDUA 
a)    Sehelai tudung bawal (oren or hijau epel plain ) *Mengikut pilihan anda 
3.TEMPAT KETIGA 
a)    Sehelai shawl ( merah bercorak or kelabu anting-anting ) *Mengikut pilihan anda


ok bye, salam









thanks sudi singgah..i wish u were here again (^_^)

resume or CV


assalamualaikum dan selamat pagi readers :)

selamat pagi terima kasih pampers adik bangun dengan riang sentiasa

* eh ehh , apa saya merepek pagi-pagi nie.

resume or CV sapa tak tahu? angkat kaki, cepat cepat!! hahaha

resume or CV is a document that provides easy references for our potential employer who want to know about our education background, work experience and achievement.
resume or CV is the first appearance.

sekarang baru nak terkial-kial cari contoh resume , mana taknya resume untuk praktikal semua disediakan oleh pihak poli. so, just download and key in sahaja maklumat. *tak ada ciri-ciri independent langsung kan

sapa-sapa yang nak share contoh resume untuk tee pun boleh.
'' Sharing is caring "

ok bye, salam



thanks sudi singgah..i wish u were here again (^_^)

MUET

MUET,  what MUET?
*eh kau exam speaking bila? reading bila?
emm emm , boleh tak kau tak payah tanya, aku bila teringat pasal muet mesti aku nak...
aku nak...................................................
okey, next week i have the MUET examination. this make me nervous because i'm a person that not good in english either speaking , reading or writing.
but i always try my best to improve my english. (teringat lagu LY- ohMyEnglish)

the exam is on the thursday for the speaking but i haven't prepared anything.
although my friends always says : eh, it just speaking test so no need to prepare anything just calm while in the exam room

oh, so so easy for her not for me. i need some preparation for having the exam.

so, better stop here. i need practice for my MUET.
'' practice make perfect'' 
i'm right?


thanks sudi singgah..i wish u were here again (^_^)

Segmen Tambah Followers Laju Laju by IekaFarhana

assalamualikum dan selamat malam semua. Semoga sihat semuanya.
tanpa mempunyai masa, nak ajak semua pakat-pakat ini segmen. * teyeh-teyeh mata mengantuk

nak tambah follower tak? apa nak?
ahha meh la join segmen nie, kita follow laju-laju ~
nak join, klik aje kat banner.
setakat nie follower tee pada 13/10/2012 adalah sebanyak 144. so harap bila join segmen nie boleh tambah lagi follower :)
nak tag :
 huda

thanks sudi singgah..i wish u were here again (^_^)

kenangan indah kita bersama.

assalamualaikum, hye hye  readers. dah lama rasanya tak update entry, selalunya update segmen-segmen je. thanks pada sapa yang buat segmen blogwalking and giveaway bcoz telah meningkatkan bilangan followers tee.
thanks a lot =_*


* nah , tee kasi belon tanda terima kasih ..

okey, back to title.. minggu lepas tee , mr right and friends pergi memanjat bukit panaorama...BUKIT PANORAMA?? kat mana tu?tak pernah dengar pon.

meh, sini ceq nk abaq mai..bukit panorama nie kat sungai lembing, kuantan pahang.


nie pemandangan dari atas bukit panorama , suka suka!!

nie first time aku panjat-memanjat bukit maklum la sebelum sangat-sangat penyegan.
tapi disebabkan semester akhir tee niat dalam hati nak jugak jejak kaki di puncak bukit ini. 
Alhamdulillah berjaya jugak akhir, tapi itu pun sebab ada org paksa.
*padahal dah give up nak naik,sebab banyak sangat tangga tapi thanks mr right coz paksa kita jugak walaupun kita dah bebai-bebai nak turun. (malu pulak bila dipikirkan, macam budak-budak la kau tee!!)




this my mr right 


ini pulak kawan-kawan kesayangan tee


muka hitam+ minyak...muka penat,nie masih ada atas puncak.



sambil berjalan turun bawah sempat lagi bergambar.

kenangan yang terukir bersama kalian akan di simpan selama-selamanya. Semoga persahabatan ini berkekalan selama-lamanya. Saranghae 






thanks sudi singgah..i wish u were here again (^_^)

SEGMEN : Jom Blogwalking



Aishh ! Tak boleh jadi nie ! Aku kena join jugak segmen nie..
Biarpon sekarang jam menunjukkan pukul 3 pagi waktu bangladesh,,aku sanggup buat satu entry..
Yer,,aku sanggup !
Giler meroyan aku tengok followers kawan aku bertambah dengan mendadak 
disebabkan join segmen nie.
Segmen Jom Blogwalking by Adamazra
So,,aku pon berharap followers aku bertambahlah jumlahnya.
Pemenang akan dipilih berdasarkan traffic soure tertinggi dan dapat dodol tau !
 Oppss,,silap ! Doodle laa shayang
Yeahhh ^_^

DONE !






thanks sudi singgah..i wish u were here again (^_^)

SEGMEN : Tambah Followers by Khairunnisa

assalamualaikum , selamat malam semua.

tadi sambil buat assignment sempat lagi blogwalking and terjumpa la segmen nie. nak tambah follow, nak tambah follow!! *tiba-tiba terasa nak buat segmen sendiri tapi ada ke org nak join???



okeyyhh , nie jumlah follow kita setakat nie 138 and harap follower boleh bertambah sampai 150.
*onlyinmydream

nak tag ------------> huda ruzi

okbai..salam






thanks sudi singgah..i wish u were here again (^_^)

First Give Away by ftnjwa.blogspot.com



hai hai.. nampak tak banner kat atas. jom ramai-ramai join. hadiah dia pun menarik jugak. 
jom check it out !!
1) WJ8132 Color Stripe Jacket Yellow

2) WD2389 Korea Fashion Maxi Dress Yellow



3) RM 30 - Cash or Top Up
4) RM 20 - Cash or Top Up

5) RM 10 - Cash or Top Up
saya nak tag :
sesiapa yang baca entry nie


thanks sudi singgah..i wish u were here again (^_^)

gegar KAMSIS !!




selamat malam semua. dah lama tak update blog pasal aktiviti harian kita. sebab lebih sibuk meng-update final projek semester akhir. baru-baru ada satu aktiviti dekat kamsis/kolej, so terasa nak update pulak.
ini banner temasya gegar kamsis plus dengan modelnya sekali. 


bangun awal weekend memang menghilangkan mood * sape setuju??  tapi disebabkan aktiviti , terpaksalah bangun jugak. okyy, pagi ada sukan rakyat contoh sukan congkak, dam ,catur, baling selipar,ting-ting ,galah panjang dan macam-macam lagi.


*nampak tak muka-muka baru bangun tido.




we are ready for senaman arobik *opss, typo tak ingat ejaan..hahaha
jom layan je gambar di bawah.








*khusyuk akak-akak nie main jutaria. menang ke tak??

malam : ada ceramah bertajuk ''kahwin muda bahagia or sengsara''

kahwin muda bahagia tapi tidak akan bahagia selamanya jika tidak ada 3 perkara

 berilmu
 bertaqwa
 berakhlak



disebabkan tajuk ceramah yang menarik, pakat-pakat pergi dewan awal.
nak kahwin awal la tuh. hehehe




ok bai,salam..

thanks sudi singgah..i wish u were here again (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...