selamat malam orang kampung !!!
hati ini ingin berkata-kata tapi tak terucap cuma mampu mengerakkan jari jemari di atas keypad untuk meluahkan isi hati.
*ape aku merapu nie,akibat gila novel lah nie.
sape peminat novel ??cer angkat tangan , tue pon kalau aku nampak.tadi aku ada jumpa satu novel yang agak menarik, time aku jejalan kat kedai buku.judulnya ''DAN HATI PUN BERKATA.
amacam , menarik tak cover novel ini.bagi aku sangat menarik , checkout sinopsis dia kat bawah:
ADIRRA - Kedegilannya bersebab. Kasih sayangnya sudah dirampas. Jadi jangan salahkan dia kalau dia tidak percaya kepada sesiapa, tetapi dengan Rashdan, kedegilannya mula cair.
"Abang ni, Irra cakap betul-betul, abang main-main pulak."
"Abang pun bukan main-main. Ada Irra nampak abang main-main? Abang cakap benda yang betul. Tiada siapapun yang boleh pisahkan abang daripada Irra kecuali kuasa TUHAN. Dan Irra pun jangan harap dapat lari daripada abang selepas ni."
"Kalau Irra lari jugak?"
"Sampai lubang cacing abang cari Irra!"
"Irra tak nak masuk lubang cacing!"
"Hisy! Dia pulak yang main-mainkan abang,"
RASHDAN - Dia tidak pernah jatuh cinta. Tetapi sekali dia jatuh cinta, dia sudah jadi orang lain.
"Jadi Irra sudi menjadi kekasih abang?"
"Sudi, tapi bersyarat."
"Eh, tadi kata dah lama sayangkan abang, kenapa tiba-tiba nak kenakan syarat pulak?"
"Yang lama tu sebab Irra seorang saja yang sayang abang, yang baru ni abang pun sayangkan Irra, jadi Irra kenalah letak syarat sikit."
"Hmm, begitu rupanya. Baik, apa syaratnya?"
"Irra nak abang jadi manusia biasa saja."
"Habis selama ni, abang manusia yang luar biasa?"
Kerana cinta mereka memiliki hati masing-masing...
--------------------------
Sedutan 1 :
"Cari abang?" soal Rashdan sebaik sahaja Adirra datang dekat kepadanya.
"Habis abang ingat Irra nak jumpa lembu-lembu tu pulak ke?" soal Adirra dengan berani. Dah tahu kenapa dia ke situ masih nak tanya-tanya lagi. Saja nak buat Adirra naik angin saja.
Rashdan senyum. Tak boleh salah cakap langsung. Mulalah terasa.
"Kenapa cari abang?" soal Rashdan kemudiannya
"Saja, tak boleh? Kalau tak boleh tak apalah. Irra balik saja!" Adirra berpatah semula. Nak balik kononnya.
"Hisy, gurau-gurau pun tak boleh." Terus Rashdan tarik tangan Adirra. Sebenarnya dia rasa pelik juga. Selalu-selalunya, dia saja yang mencari Adirra. Petang ini sudah terbalik. Adirra pula yang mencarinya. Ini sudah bagus, fikir Rashdan. Ada tanda-tanda positif yang membuatkan Rashdan bersungguh menaruh harapan. Harapannya kelak mungkin tidak akan sia-sia.
--------------------------
Sedutan 2:
"Irra, kenapa buat papa macam ni? Sudah, masuk kereta dulu. Kita bincang." Arah Rashdan.
Adirra tarik beg pakaiannya.
"Tinggalkan beg tu. Tak perlu nak pindah-pindah. Sikit punya hal nak kecoh satu rumah. Sudah! Masuk kereta sekarang." Suara Rashdan sudah benar-benar kuat. Rashdan tahu anak manja seorang ini tidak perlu diberi muka selalu. Disebabkan tiada siapa yang berani menegur sikapnya, maka dia makin lupa diri.
Adirra jadi tergamam bila mendengar suara Rashdan begitu. Selama ini belum pernah Rashdan keluarkan suara begitu. Terus saja beg pakaian Adirra lepaskan. Takut juga dia dengan perubahan sikap Rashdan.
"Abang cakap masuk kereta sekarang!" Suara Rashdan makin tegas membuatkan Adirra melangkah dengan perlahan. Lantas menarik pintu kereta Rashdan. Ditutup dengan kuat selepas itu sebagai tanda tidak puas hatinya.
"Hah! Tutup kuat-kuat. Kalau tercabut pintu tu abang minta ganti," jerit Rashdan lagi. Kemudian dia terus mendekati Encik Malek. Cuba mereda kesedihan Encik Malek. Waktu it uterus Rashdan teringat ayahnya. Dia juga pernah lakukan perkara yang sama terhadap ayahnya. Cuma yang berbeza hanya keadaan. Adirra anak yang terlalu disayangi, sedangkan dia sekadar anak yang hampir-hampir disingkirkan. Tetapi tentu ayahnya juga rasa sedih. Bibit-bibit penyesalan mula mendatangi diri Rashdan
--------------------------
Sedutan 3:
"Irra tak nak kerja dengan abang lagi. Irra malu." Kata Adirra sambil tersenyum. Sungguh! Dia betul-betul malu dengan apa yang berlaku. Adirra sudah tidak sanggup untuk berhadapan dengan pekerja lain setelah apa yang berlaku terhadapnya.
"Kalau tak nak kerja dnegan abang, Irra tolong jagakan galeri abang. Jadi pengurus galeri lukisan abang tu!"
"Habis pengurus yang ada tu nak campak mana?"
"Dia pembantu saja. bukannya pengurus. Tapi ada satu lagi jawatan pengurus yang masih kosong," Rashdan jeling manja. Melihatkan dahi Adirra yang berkerut itu. Rashdan yakin, Adirra tak faham apa-apa.
"Pengurus rumah tangga abang…" kata Rashdan selepas itu.
"Abang ni…" satu tamparan kecil sudah hinggap di belakang Rashdan. Tamparan itu membangkit kemesraan yang sangat istimewa buat Rashdan.
"Betullah. Jawatan tu memang kosong!"
"Nantilah Irra fikirkan."
"Nanti? Nanti tu bila?"
"Irra cakap nanti, nantilah. Yang abang tak sabar ni kenapa?" Adirra jegilkan matanya. Rashdan sambut dengan tergelak.
--------------------------
Sedutan 4
"Memang jahat! Kalau Cik Maya nak tahu…" Natrah pandang kiri kanan. Bila keadaan dirasakan selamat, dia dekatkan mukanya ke telinga Maya.
"Perempuan tu sebenarnya dah tak ada dara. Dah lama habis!" kata Natrah tanpa teragak-agak. Maya terus tutup mulutnya. Seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
"Perempuan tu suka lari dari rumah. Kadang-kadang berbulan-bulan tak balik rumah. Apa lagi kalau tak bersekedudukkan dengan teman lelaki dia. Teman lelaki pulak bukan jenis seorang. Ramai!" tokok Natrah bersungguh.
"Betul ni Natrah?" soal Maya dengan rasa terkejut.
"Betul! Saya bukan reka-reka cerita!"
No comments:
Post a Comment
::assalamualaikum..
hai, komen la ckit SATU pon jadi lah !!
thanks comel :)::